Google dalam web ini telah mengundang berbagai-bagai reaksi masyarakat

Google Maps merupakan aplikasi
elektronik dan digital yang menjadi sebahagian dalam kehidupan manusia.  Berteraskan kepada peta alam maya,
kecanggihan peta digital ini terus mengamit masyarakat seluruh dunia secara
amnya.  Lebih-lebih lagi pembangunan
teknologi telefon pintar yang telah berkembang pesat sejak kebelakangan ini
telah memudahkan capaian pengguna untuk mengakses maklumat tempat, lokasi dan arah
tuju mereka.  Pemetaan secara dalam web
ini telah mengundang berbagai-bagai reaksi masyarakat dunia pada mulanya tetapi
dengan mempunyai kepelbagaian interaksi dalam web sedikit sebanyak memberi
angin yang baru terhadap pemetaan seluruh dunia. 

Peta ini hanyalah dibangunkan
semata-mata untuk memberi maklumat kepada masyarakat mengenai penempatan,
kawasan taburan, tempat, wilayah dan benua yang ada di dunia.  Boleh dikatakan hampir setiap hari masyarakat
dunia mengemaskini data-data didalam google maps.  Untuk memastikan setiap perincian maklumat
tepat bagi membolehkan mereka pergi lokasi-lokasi yang diinginkan.  Peggunaan Google Maps bukan setakat disitu
sahaja, ini termasuklah melawat  tempat
yang menjadi tumpuan ramai khususnya di pusat bandar.  Seperti mengunjungi restoran-restoran, gerai
makan dan tempat-tempat pelancongan. 
Seperti diketahui juga perisian Google telahpun membina dan melancarkan
aplikasi sampingan berkenaan dengan restoran-restoran pilihan dan terkemuka.  Kelebihan aplikasi sampingan antara menjadi
kegilaan pengguna dengan mempunyai masa, harga, menu yang ditawarkan, tempat
yang bersih dan banyak lagi.  Menurut
laporan dari techtrunch.com “While Google
says that it makes “millions” of updates to Maps every day, it’s still not
enough to ensure that every location has the most accurate, detailed
information. That’s why it’s turning to users to help it improve the
mapping service” .  Ini menandakan penguasaan masyarakat dunia terhadap betapa
pentingnya penggunaan peta dalam kegiatan dan aktiviti mereka.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Google Maps antara aplikasi yang
membina dan melakukan penyelidikan mereka tersendiri.  Dibantu dengan penggunaan satelit dan sistem
maklumat geografi (GIS).  Kekerapan
pengguna menggunakannya menjadi satu kemestian apatah lagi  pergi ke tempat yang lain.  Google juga amat berdaya saing dengan
memperkenalkan sendiri “Google Map Vehicle” yang lebih terarah kepada “Google
Street View”.  Google Map mengumpul dan
memperbanyakkan data-data kawasan yang terperinci dan memastikan ketepatan
maklumat dapat diberikan kepada pengguna. 
Kelebihan yang ada pada kereta google map ini ialah pengguna dapat
melihat sendiri kawasan-kawasan yang telah diambil gambar dan data oleh pihak
google. 

Menjadi satu kewajipan kepada
masyarakat di dunia mengguna aplikasi sedemikian.  Dilaporkan pengguna google map telahpun
menjangkau sebanyak  billion pengguna
pada tahun 2017.  Penggunaan google map
ini terus berkembang dengan lahirnya bermacam-macam aplikasi seperti uber,
waze,  grabcar, food panda, gojek dan
banyak lagi.  Kesemua ini berpaksikan
kepada pemetaan yang dihasilkan oleh google map.  Navigasi yang tertumpu kepada Global
Positioning System (GPS) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Mannings, 2008).